Tuesday 7 June 2011

TUTUPLAH AURAT SEBELUM MATA TERTUTUP.... ( Bhg 1 )


Assalamualaikum.......

Dalam artikel kali ini alif hadir untuk menjelaskan perihal satu masalah aurat dan keperluan menjaga pandangan yang selalu diambil mudah dan sering dipandang sebagai suatu fenomena biasa terutamanya oleh kebanyakan remaja kini. Mereka beranggapan seolah-olah perkara yang dilakukan itu tidak menjadi suatu kesalahan di sisi Agama Islam. Andaian saya mengatakan bahawa semua remaja dan setiap individu Islam yang sudah baligh, berakal dan berpendidikan begitu memahami erti aurat dan bagaimana cara-cara menjaganya, lebih-lebih lagi jika individu tersebut pernah belajar tentang hukum hakam dalam Islam, pernah mengambil subjek agama Islam dan ada juga diantara mereka  memang seseorang terlibat secara langsung dalam mendalami dan mengajarkan ilmu Agama Islam. 

Kadang-kadang kita lihat golongan yang memahami inilah yang telah melakukan perkara tersebut tanpa segan silu dan tak tahu malu dengan membuka aurat di khalayak ramai. Mungkin mereka masih kabur lagi dalam masalah sebegini sehingga permasalahan ini dipandang sebagai perkara biasa. Lihatlah realiti dunia sekarang  disekeliling kita, semakin mudah untuk kita melihat remaja Islam berpeleseran dengan memakai seluar pendek yang membuka aurat walaupun berada di khalayak ramai, ada juga yang gemar berbaju ketat sehinngga menampakkan bentuk badan dan fesyen pakaian yang keterlaluan sehinnga tidak mempamerkan ciri-ciri pakaian orang Islam. Tidak kira remaja lelaki ataupun wanita, semuanya dikira sama jika aurat mereka masih tidak terjaga.

Jika di lihat antara faktor terjadinya perkara di atas, adalah pengabaian remaja dalam perkara-perkara yang melibatkan tentang aurat mereka. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama. Kita tidak menolak fesyen, tetapi garis panduan syara' perlu diletak di peringkat utama dalam semua keadaan. Dengan kreativiti pereka fesyen yang mempunyai roh islam, pakaian wanita seperti jubah tetap menarik yang menepati urusan agama dan bersesuaian dengan era moden dan terkini. Jadi kita sebagai Muslim yang bijak haruslah pandai memilih corak pemakaian kita menurut kehendak syara' dari kita mengikut fesyen yang menambahkan kecacatan kita sebagai orang Islam. Justeru, sebagai peringatan bersama marilah kita menghayati bagaimana yang dikatakan menutup aurat mengikut cara Islam yang sebenar. 

Definisi Aurat :

Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)


PERINTAH MENUTUP AURAT

Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t  yang bermaksud :

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji) (Surah al-ahzab ayat 33)

Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.  ( surah al-ahzab : 59 )

Dalil mewajibkan bagi menutup aurat melalui firmanNya :

Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah dan berhias pada tiap-tiap kali kamu pergi tempat ibadat ( masjid ) dan makan serta minumlah. Dan jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.( Surah al-A`raaf 7:31)


 Rasulullah (S.A.W) bersabda:
  • “Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.” (Hadith Riwayat Aththahawi
  • Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki. Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?’ Nabi saw menjawab, “Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
  • “Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah)
  • Maksudnya:( Tidak diterima sembahyang (seseorang perempuan) itu yang haid akan tetapi (diterima) dengan menutup kepala.)  ( Hadith riwayat an-Nasi' )
  • Maksudnya: ( Wahai Asma' Sesungguhnya apabila seseorang perempuan telah baligh, Tidak boleh diperlihatkan ini dan ini. Sambil mengisyaratkan kearah muka dan tapak tangan. ) Hadith Riwayat Abu Dawud ) 
  • Mu'awiyah bin Haidah mengatakan: "Aku pernah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab: "Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau terhadap hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat?" Baginda menjawab: "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak boleh melihat aurat orang lain dan ia pun tidak boleh melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: "Ya Rasullullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab: "Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain" . ( Hadis riwayat Iman Ahmad dan Abu Dawud )

Syarat –Syarat bagi menutup aurat:

1. Wajib menutup aurat dengan menggunakan kain yang tebal (tidak terlalu nipis): Maka wajib      menutup dengan menggunakan kain yang berwarna jelas (tidak warna yang seolah-olah menampakkan tubuh atau warna kulit).

Mazhab Syafie berpendapat:

2. Syafieyyah dan Hanabalah mensyaratkan: Pakaian yang menutup aurat itu perlulah secara menyeluruh (tidak ada lubang-lubang atau yang sebagainya). Dan ini bermakna tidak memadai hanya dengan berkain tebal dan berwarna jelas.

3. Dan perlu juga menutup pada bahagian sisinya (disebalah kanan dan kiri).


Batasan-batasan aurat :


A. Aurat di khalayak awam : 

1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.

2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.

B. Aurat dengan ahli keluarga 

1. Bagi Lelaki, antara pusat dan lutut

2. Bagi perempuan, antara pusat dan lutut.


C. Aurat sesama jantina (dengan syarat tiada fitnah) 

1. Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut

2. Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut

*Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.


D. Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)

1. Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan  yang wajib ditutup.

2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut


Etika menutup aurat 

1. Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat. Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan kedua tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib ditutupi dari pandangan penglihatan manusia umum. Haram diperlihat dan haram melihatnya

2. Tidak menyerupai dengan kaum yang engkar kepada Allah. Seperti pakaian ahli gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi symbol kepada ahli kemungkaran, seperti ahli muzik, pelacur dan sebagainya. 

3. Pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu pakaian yang longgar dengan kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau sendat, tetap haram sekalipun pada zahir ia telah menutup aurat. Ia adalah kerana susuk tubuh badan merupakan aurat yang perlu dijaga.

4. Pakaian yang tidak bercorak atau berwarna-warni, yang ada daya penggamit pandangan.


KESIMPULAN

Di antara tujuan berpakaian itu, ialah untuk menutupi atau melindungi bahagian-bahagian yang tertentu. Jika mereka memilih pakaian yang semakin nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau dilihat auratnya, maka ini bererti pakaian yang dipakainya sudah tidak berfungsi lagi. Justeru itu, tutuplah aurat dan berpakaianlah mengikut akhlak yang dianjurkan oleh Islam.

Read More → TUTUPLAH AURAT SEBELUM MATA TERTUTUP.... ( Bhg 1 )
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday 5 June 2011

Keanjalan fiqh Islam


ARKIB : 02/06/2011
0leh ZAINUL RIJAL ABU BAKAR

ALIRAN fikiran fiqh atau mazhab fiqh yang berlainan muncul kerana perbezaan memahami ajaran-ajaran di dalam sumber hukum utama iaitu al-Quran dan al-sunnah yang tidak bersifatdefinitive atau qatie.

Perbezaan mentafsirkan dalalah al zan atau dalil-dalil yang tidak muktamad menyebabkan munculnya perbezaan pandangan ini. Pendekatan berbeza diambil oleh imam-imam juga menyebabkan pandangan yang dikeluarkan itu berbeza.

Perkara yang demikian dapat difahami kerana pendekatan yang berlainan seperti mementingkan zahir lafaz berbanding maksud lafaz, terlalu berhati-hati atau terlalu memudahkan.

Terdapat juga kalimah-kalimah di dalam nas-nas mempunyai beberapa makna serta keyakinan terhadap sesuatu periwayatan hadis berbanding hadis yang lain.

Mazhab-mazhab fiqh yang empat iaitu mazhab Shafie, Hanafi, Hambali dan Maliki menjadi ikutan khalayak awam dalam persoalan-persoalan fiqh.

Sebenarnya perbezaan pandangan yang menjurus kepada pertumbuhan mazhab-mazhab fiqh ini adalah manifestasi keanjalan undang-undang Islam itu sendiri.

Namun pertikaian mazhab ini seringkali disalah ertikan oleh masyarakat umum. Ia kadangkala menjadi sumber perpecahan umat Islam. Tidak kurang juga daripada lipatan sejarah kita dapati umat Islam bersengketa kerana perbezaan pandangan. Oleh itu, perspektif yang betul di dalam menyelusuri landskap perbezaan pandangan ini perlu difahami oleh masyarakat Islam.

Umat Islam perlu memakai lensa hukum syarak apabila berhadapan dengan perbezaan pandangan ini kerana di dalam agama lain perbezaan yang ketara berlaku sehingga tidak mengakui golongan yang lain termasuk di dalam agama mereka. Ia amat berbeza dalam Islam.

Umpamanya solat Jemaah di Masjidil Haram ketika ini diimamkan oleh seorang imam sahaja berbanding suatu ketika dahulu solat jemaah ini dilakukan mengikut imam mazhab masing-masing di penjuru masing-masing. Kesepakatan bersolat jemaah dengan seorang imam sahaja menganjak paradigma para ulama agar dapat bersatu di dalam hal-hal agama yang lain.

Namun hakikatnya umat Islam sendiri sering terkeliru dengan senario ini. Tidak hairanlah kedengaran suara-suara yang bimbang dengan perpecahan ini dan mahu membebaskan umat Islam daripada pegangan mazhab.

Rasional kebimbangan ini dikatakan disebabkan mahu menyelamatkan umat Islam daripada terus berpecah. Lakaran pahit sejarah seperti peristiwa pertumpahan darah yang dimulakan oleh puak Khawarij seringkali dijadikan dalil kepada pandangan ini. Mereka mahukan agama itu dilaksanakan tanpa dipateri dengan pandangan mana-mana mazhab.

Seharusnya mazhab merupakan institusi pendidikan aliran fiqh bagi mentafsirkan dalil-dalil syariah. Ia merupakan metodologi fiqh untuk mengeluarkan hukum yang mana masih belum disepakati lagi.

Pandangan mazhab ini adalah sebahagian daripada syariah Islam bukan syariah Islam itu sebahagian daripada pandangan bermazhab. Asas pandangan aliran fiqh ini sebenarnya adalah bertitik tolak daripada keyakinan imam dalam berijtihad.

Namun jika terbukti ijtihad tersebut tidak lagi sesuai mengikut keadaan setempat atau semasa dan terdapat dalil yang lebih kuat, maka ijtihad tersebut boleh ditolak.

Hal ini amat jelas kerana tidak disyaratkan oleh mana-mana mazhab mengikut segala ijtihad dalam sesuatu mazhab tetapi harus berpindah ke mazhab lain dalam masalah tertentu.

Walau bagaimanapun ikutan tersebut hendaklah diasaskan kepada dalil-dalil yang menjustifikasikan seseorang itu beralih ke mazhab lain.

Ia tidak hanya dilakukan semata-mata mencari perkara yang mudah berlandaskan nafsu atau sampai membawa kepada talfiq yang dilarang.

Begitu juga ikhtilaf ulama ini tidak wajar dilihat daripada perspektif perpecahan di kalangan umat Islam tetapi hendaklah dilihat daripada lensa keanjalan undang-undang Islam yang membawa kepada dinamiknya hukum syarak itu yang sesuai mengikut tempat dan zaman.

Ia juga melambangkan keluasan fakulti pemikiran ulama silam dalam ilmu fiqh yang bersungguh-sungguh menimba khazanah ilmu Islam.

Sumber dari :

Buka Minda, Buka Hati, Kenali diri dan fahami Agama....

Renung-renungkan dan selamat beramal.........
Read More → Keanjalan fiqh Islam
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday 29 May 2011

SAMBUTAN HARI IBU DARI SUDUT ISLAM

MENGHARGAI PENGORBANAN SEORANG IBU ....

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


Hakikatnya, semua ibu sanggup berkorban apa sahaja bermula sembilan bulan di dalam kandungan hinggalah anak-anaknya mendirikan rumah tangga. Seorang ibu sanggup menjaga cucu-cucunya demi meringankan beban anak menantu. Lain pula kisahnya jika ibu yang keseorangan di kampung sanggup memendamkan penderitaan sakitnya hanya kerana tidak mahu menyusahkan anak-anaknya yang sedang membina kerjaya di bandar. Tidak kira manusia atau haiwan, spesies keturunan, kaum, agama kepercayaan, naluri keibuan adalah asli, lahir secara semula jadi tanpa sebarang paksaan. Mungkin bersempena dengan kasihnya ibu yang tiada batasan, Hari Ibu disambut oleh lapisan masyarakat di seluruh dunia.

Dipercayai sambutan Hari Ibu yang pertama telah diadakan pada musim panas di England, sekitar tahun 1600 Sebelum Masihi. Sambutan itu buat untuk meraikan Rhea yang merupakan ' ibu kepada Tuhan' dan ketika itu ia dikenali sebagai Mothering Sunday. Ia disambut pada hari Ahad keempat dalam kalendar Lent iaitu 40 hari sebelum perayaan Hari Easter. Ketika itu, kebanyakan pekerja di England adalah miskin dan dikerah bekerja setiap hari . Namun pada hari sambutan Mothering Sunday, semua pekerja itu diberi cuti rehat dan digalakkan balik ke rumah untuk menghabiskan masa sehari bersama ibu masing-masing.Beberapa negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, Belgium termasuk Malaysia menyambut Hari Ibu pada hari Ahad, minggu kedua bulan Mei, setiap tahun.

Seharusnya sebagai anak, sambutan ini tidak hanya diingati pada Ahad kedua dalam bulan Mei sahaja tetapi setiap hari. Islam sentiasa mengingatkan kita untuk meletakkan ibu yang pertama di hati kerana syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Ungkapan ini mengingatkan kita cerita si Tanggang yang derhaka pada ibunya dan akhirnya menjadi batu. Ketamakan si tanggang mengejar kekayaan akhirnya memakan diri. Dia melupakan ibunya walaupun pada awalnya berjanji untuk membalas pengorbanan ibunya.

Sementara itu, Al-Qurtubi, seorang pakar tafsir menunjukkan bahawa ibu adalah orang yang paling berhak menerima kebaikan yang berupa kasih sayang dan penghormatan daripada anak-anaknya iaitu sebanyak tiga kali ganda jika dibandingkan dengan kebaikan yang berupa kasih sayang dan penghargaan yang berhak diterima oleh seorang bapa daripada anak-anaknya.

Justeru itu, selain pemberian hadiah, bagi anda yang terlupa memohon maaf atau bertanya khabar pada ibu anda , lakukanlah sekarang.

Sumber: Utusan Online, 8/5/2011


SAMBUTAN HARI IBU BUKAN CARA UMAT ISLAM MENGHARGAI IBU :

Dunia Barat sekarang baru menemukan nilai mulia ibu. Sedangkan umat Islam telah berabad-abad lamanya mempercayai kedudukannya yang mulia berdasarkan ajaran Ilahi sejak diutuskan Rasulullah SAW sebagai penyampai wahyu Allah kepada seluruh umat manusia. Islam percaya pada nilai ibu yang luar biasa, dan telah menarik perhatian manusia untuk melakukan pelbagai usaha dan cara dalam konteks suruhan menyayangi ibu dan menghargai pengorbanannya. Itulah Islam, deen (cara hidup) yang fitrah bagi seorang manusia yang sememangnya diciptakan dengan naluri ingin berkasih sayang. 

Banyak nas-nas daripada al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi dalil kepada suruhan ini. Antaranya: 

“ Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua ibu bapakmu, hanya kepada-Ku engkau akan kembali.” [TMQ Luqman (31):14]

“ Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya, atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah!" - Jangan pula engkau membentak mereka, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku! Sayangilah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku semenjak kecil." [TMQ al-Israa’ (17):23-24]

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: “ Seseorang datang menghadap Rasulullah saw. dan bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku pergauli dengan baik? Rasulullah saw. menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab lagi: Kemudian ayahmu.” [HR Muslim]

RENUNGAN BERSAMA :

Tamadun Barat yang telah ketinggalan zaman, baru mula mempromosikan nilai-nilai murni seperti menyanyangi dan menghargai pengorbanan ibu setelah berlakunya ‘revolusi’ sosial dalam masyarakat mereka. Sambutan Mother’s Day di sebahagian negara Eropah dan Timur Tengah cuma mendapat pengaruh dari kebiasaan memuja Dewi Rhea, isteri Dewa Kronos, dan ibu para dewa dalam sejarah Yunani kuno. Maka, di negara-negara tersebut, peringatan Mother’s Day jatuh pada bulan Mac.

Di Amerika Syarikat dan lebih dari 75 buah negara lain, seperti Australia, Canada, Jerman, Itali, Jepun, Belanda, Malaysia, Singapura, Taiwan, dan Hong Kong, sambutan Mother’s Day jatuh pada hari minggu kedua setiap bulan Mei. Ia adalah kerana pada tanggal itu, tahun 1870, aktivis sosial Julia Ward Howe mencanangkan pentingnya perempuan bersatu melawan perang saudara. Jadi, tujuan memperingati Hari Ibu pada awalnya bermula untuk mengenang semangat dan perjuangan para perempuan dalam usaha memperbaiki bangsa manusia.

Ibu-ibu dan anak-anak sekalian!

Lihatlah betapa mulianya Islam yang ajarannya sungguh lengkap. Sekecil-kecil perbuatan seperti sikap menyayangi dan menghargai pengorbanan ibu telah diajarkan pada manusia sebagai salah satu suruhan untuk memuliakan seorang wanita yang bergelar ibu tadi. Barat dan ajaran sekularnya pula hanya terkontang-kanting dalam percubaan untuk melakukan perkara yang sama hanya setelah tamadunnya sendiri yang menindas dan merosakkan martabat seorang wanita dengan mempromosikan sambutan Hari Ibu.



Read More → SAMBUTAN HARI IBU DARI SUDUT ISLAM
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday 27 May 2011

BERIBADAH DALAM BERKERJA..


IBADAH ITU MULIA
Penciptaan manusia mempunyai tujuan dan tugas risalah yang telah ditentu dan ditetapkan oleh Allah. Tugas dan tanggungjawab manusia, sebagaimana di dalam al-Quran yaitu melaksanakan ibadah, kepada Allah.

firman Allah bermaksud:

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Aku." ( surah AzZuriat : 56)

Mendalami erti ibadah :

Ibadah berasal dari bahasa arab yang berarti ketaatan, penghambaan, dan penyembahan/ pengagungan. Dalam Al Quran Penggunaan kata Ibadah seperti: Ibadah yang bermakna ketaatan. (QS 36:60; QS 9:31), Ibadah yang bermakna penghambaan dan ketaatan. (QS 2:172; QS 26:22; QS 23:45-47), Ibadah yang bermakna pemujaan/ penyembahan. (QS 40:66; QS 46:5-6), Ibadah yang bermakna penghambaan, kekuatan dan penyembahan. (QS 20:14; QS 6:102; QS 12:40; QS 18:110).

Menurut Doktor Ibrahim Al Buraikan, Ibadah adalah Nama yang mencakup segala sesuatu yang diredhoi Allah dan dicintai Nya, baik berupa perkataan mahupun perbuatan yang zahir mahupun batin, dengan penuh rasa cinta, kepasrahan (menyerah) dan ketundukan (taat) yang sempurna, serta membebaskan diri dari segala hal yang bertentangan dan menyalahinya.

KESIBUKKAN DALAM KERJA
Umat Islam tidak boleh melakukan kerja ibarat melepaskan batuk di tangga saja. Jika tanggungjawab diberi, maka wajib bagi orang yang menerima tanggungjawab itu untuk melaksanakan amanah dengan cara yang paling baik mengikut kemampuan masing-masing. Ini sebenarnya adalah satu bentuk penghayatan amanah di dalam pekerjaan dan satu perlaksanaan konsep ibadah di dalam pekerjaan. Pelaksanaan amanah dengan sebaik mungkin adalah kunci ke arah kecemerlangan individu dan organisasi. Sememangnya ini selari dengan ajaran IslamBekerja Sebagai Satu Kewajiban Seorang Hamba Kepada Allah SWT :

Perintahkan bekerja dari Allah SWT :

Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mu'min akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahuiakan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan" (Surah Attaubah / 9 : 105) 

Hikmah kepada orang yang berkerja  :

Terhindar dari azab neraka :

Dalam sebuah riwayat dikemukakan, "Pada suatu saat, Saad binMuadz Al-Anshari berkisah bahwa ketika Nabi Muhammad SAWbaru kembali dari Perang Tabuk, beliau melihat tangan Sa'ad yangmelepuh, kulitnya gosong kehitam-hitaman karena diterpasengatan matahari. Rasulullah bertanya, 'Kenapa tanganmu?' Saadmenjawab, 'Karena aku mengolah tanah dengan cangkul ini untukmencari nafkah keluarga yang menjadi tanggunganku." KemudianRasulullah SAW mengambil tangan Saad dan menciumnya serayaberkata, 'Inilah tangan yang tidak akan pernah disentuh oleh api neraka'" (HR. Tabrani)

Allah Mencintai orang yang berkerja :

SesungguhnyaAllah SWT mencintai seorang mu·min yang giatbekerja. (HR. Thabrani)

Perkerjaan yang baik diberi pahala yang banyak :

“Allah Azza wa Jalla berfirman (kepada malaikat pencatat amal), ‘Bila hamba-Ku berniat melakukan perbuatan mungkar, janganlah kalian catat duhulu. Jika dia telah mengerjakannya, barulah kalian tulis sebagai satu keburukkan. Bila hamba-Ku berniat melakukan perbuatan baik, tapi tidak jadi melaksanakannya, catatlah sebagai suatu kebaikan. Jika dia mengamalkannya, catatlah kebaikan itu sepuluh kali ganda.” 
(HR Abu Hurairah) 

Berkerja lebih mulia daripada meminta-minta :

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sekiranya di antara kamu membawa tali dan pergi ke bukit untuk mencari kayu. Kemudian dipikul ke pasar untuk dijual dan dengan itu dapat mencukupi sedikit dari keperluaannya. Maka yang demikian itu lebih baik daripada meminta-minta pada orang-orang, baik mereka memberi atau menolaknya.” 
(HR Bukhari) 

Berkerja adalah Suatu pengampunan dosa  :

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang di waktu siangnya merasakan kelelahan karena bekerja, berkarya dengan tangannya sendiri, maka di waktu siang itu pulalah ia terampuni dosanya.” (HR Thabrani dan Baihaqi)

Bagaimana dengan  berkerja boleh menjadi suatu ibadah ?


sesuatu kerja menjadi ibadah apabila setiapkerjayang dilakukan hendaklah menepati lima syarat-syarat berikut :

1. Niat mesti betul
2. Perkara yang dibuat sah / halal ikut syariat
3. Perlaksanaan mesti betul.
4. Natijah mesti betul
5. Tidak meninggalkan ibadah asas.



Tuntutan Penting Dalam Menjadikan Kerja Sebagai Ibadah

1. Niat Ikhlas Kerana Allah

Ia akan mengangkat manusia kepada kemuncak ketinggian dan kemuliaan insan. Ikhlas juga akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan, membawa kedamaian dan kesejahteraan serta terhindar dari sifat riya’ demi mengharapkan redha Allah.

2. al-Sidq (Benar)

Ia akan menjamin dalam mengembalikan hak-hak kepada yang berhak, memperkukuh ikatan antara masyarakat tidak kira seorang alim, pemimpin, hakim, saudagar, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa. Menurut Imam al-Ghazali ada beberapa jenis sifat sidq. Di antaranya ialah :

Ø Benar pada lidah – menyampaikan suatu kenyataan atau berita menepati apa yang sebenarnya

Ø Benar pada niat – membuat sesuatu amal kebajikan kerana Allah

Ø Benar pada azam – Membulatkan tekad melakukan kebajikan seperti yang telah diazam

Ø Benar pada janji dan benar pada amal – Berusaha bersungguh-sunnguh supaya amalan lahirnya menepati dengan apa yang tersembunyi dalam dirinya.

3. Amanah

Orang yang amanah akan mendapat kepercayaan orang ramai sebaliknya orang khianat menjadi tumpuan kemarahan dan kehinaan Ia merupakan asas kepada ketahanan umat, kestabilan negara, dan roh kepada keadilan.

4. Fatanah (Bijaksana)

Bijaksana dalam melaksanakan sesuatu kerja dengan menghindari perkara- perkara yang boleh mendatangkan ketidakpuashatian tidak bertempat, mengagihkan kerja mengikut keupayaan seseorang, menyampaikan arahan serta memelihara aib saudara seIslamnya yang lain.

Kesimpulan

Sebagai hamba Allah, amat penting untuk kita menyedari untuk memastikan segala pekerjaan yang kita lakukan tidak lain dan tidak bukan, hanya semata kerana Allah. Tidak terlintas di dalam hati untuk mengharapkan pujian, pangkat dan harta tetapi apabila dikurniakan Allah lantaran ikhlas dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, anggaplah ia merupakan kurniaan Allah yang menghargai hambaNya yang ikhlas sepanjang perjalanan hidupnya dalam menjunjung apa yang diperintahkanNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya.

" Justeru, adalah penting bagi setiap orang untuk melaksanakan tanggungjawab di dalam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, komited dan bersungguh-sungguh ".


Read More → BERIBADAH DALAM BERKERJA..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday 25 May 2011

MENGAPA MASIH LAGI KUFUR NIKMAT ?

AKU BERSYUKUR PADAMU YA ALLAH
Dalam kehidupan seorang yang bergelar Muslim amatlah penting bagi kita memahami erti nikmat dan bagaimana mensyukurinya. Realiti dunia zaman sekarang ramai dalam kalangan masyarakat kita yang sudah  semakin pudar rasa syukurnya kepada Allah S.W.T dan kufur terhadap nikmat yang telah dikurniakan kepada mereka. Kebanyakkan mereka sudah semakin lupa bahawa semua keselesaan, kemewahan, dan kebahagiaan yang Allah berikan percuma adalah kerana ingin melihat sejauh mana mereka mensyukuri nikmatNya. Segala bentuk ujian yang Allah turunkan samada diberikan ujian dalam bentuk kenikmatan, kebahagiaan dan kemewahan mahupun ujian dalam bentuk kemiskinan, kesusahan dan penderitaan adalah semata-mata untuk menilai hambanya yang taat dan sentiasa berfikir hikmah ujian yang diberi dengan sentiasa dekat padaNya dan mensyukuri nikmat kurniaanNya walaupun dalam keadaan susah dan senang. 

Memahami makna syukur nikmat : 

Pengertian syukur dan nikmat berasal dari bahasa arab. Kata syukur berterima kasih sedangkan kata nikmat ertinya pemberian, anugerah enak ,lazat. Mensyukuri nikmat Allah SWT, maksudnya berterima kasih kepada-Nya dengan cara mengingat menyebut nikmat dan mengagungkan-Nya.

Memahami makna kufur nikmat :

kufur secara bahasa bererti menutupi. Sedangkan menurut syara’ kufur adalah tidak beriman kepada Allah dan Rasulnya, baik dengan mendustakannya atau tidak mendustakannya. Manakala maksud Kufur Nikmat ialah tidak menggunakan nikmat Allah S.W.T pada jalan yang betul. Dengan kata lain, menggunakan nikmat yang diberikan pada jalan yang dibenciNya.

BERDOALAH KEPADANYA

Sedikitnya hambaNya yang bersyukur dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat berikut:

Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur.(Surah Al-A'raaf: 10)

Sedangkan banyak nikmat kita kecapai kurniaan dari Allah sehingga tidak terhitung :

" Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung ni`mat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (ni`mat Allah) ".(Surah Ibrahim : 34)

Balasan Allah kepada orang-orang yang kufur nikmat melalui firmannya :

" Apakah kalian tidak perhatikan orang-orang yang mengganti nikmat Allah dengan kekafiran dan menimpakan kaum mereka, kebinasaan, yaitu jahannam yang mereka masuki dan seburuk buruk tempat menetap " (Surah Ibrahim ayat : 28-29).

" Dan Allah telah menciptakan perumpamaan sebuah desa (negeri) yang aman tenang datang kepadanya rezekinya dengan mudah dari segala tempat, lantas dia kafir dengan nikmat Allah, maka Allah rasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan dengan sebab apa yang mereka lakukan " .(Surah An-Nahl : 112)

" Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? dan (ingatlah) Allah sentiasa membalas Dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang Yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka) ". (surah an-nisa : 147)



Banyak sekali dalil-dalil yang terdapat di dalam Al-Kitab maupun As-Sunnah yang memerintahkan kita untuk senantiasa bersyukur kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan melarang kita untuk kufur terhadap nikmat-Nya.

Allah Ta’ala berfirman : “......Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu kufur terhadap (nikmat)-Ku.” (QS. 2: 152)

MENJADI HAMBA YANG BERSYUKUR


Sabda nabi SAW:

Syukur merupakan salah satu maqhom (darjat) yang tinggi dari seorang hamba. Rasa syukur itulah yang dapat membuat seorang hamba menjadi sedar dan bermotivasi untuk terus beribadah kepada Allah. Seperti yang diceritakan dari Nabi bahawasanya beliau solat malam sampai bengkak kakinya. Ketika ditanyakan kepada beliau, “Mengapa engkau melakukan ini wahai Rasulullah, padahal sungguh Allah telah mengampuni seluruh dosa-dosamu baik yang telah lewat ataupun yang akan datang?” Maka Rasulullah menjawab, “Tidakkah aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur?” (HR. Bukhori dan Muslim)


Syaikh Abdurrahman Naashir As-Sa’di  berkata, “Yakni bersyukurlah kamu terhadap nikmat yang telah Allah berikan kepada kamu dan juga terhadap tercegahnya azab dari kamu. Di dalam syukur harus terkandung pengakuan dan kesadaran bahwa nikmat itu semata-mata dari Allah semata, zikir dan pujian yang diucapkan melalaui lisannya serta ketaatan anggota badannya supaya semakin tunduk dan patuh dalam melaksanakan perintah-perintah-Nya dan menjauhi larangan-larangan-Nya”. Beliau menambahkan, “Dan karena lawan dari syukur adalah kufur, maka Allah Ta’ala telah melarang darinya: ‘Dan janganlah kamu kufur terhadap (nikmat)-Ku’. Yang dimaksud dengan kufur di sini adalah sesuatu yang menjadi lawan dari syukur, yakni kufur terhadap nikmat-Nya. Namun terkandung juga di dalamnya, makna kufur yang sifatnya umum, yang paling besar adalah kufur kepada Allah, kemudian berbagai macam dan jenis maksiat.”  (Taisir Karimir Rohman)


Menurut Imam al-Ghazali, tidak cukup dilihat dari keengganannya mengucapkan "Alhamdulillah". Tetapi juga kerana menggunakan kenikmatan pada jalan yang tidak diridhai Allah. Kenikmatan fikiran yang sihat, contohnya, banyak digunakan oleh orang yang kufur nikmat untuk memikirkan hal-hal yang tidak diridhai Allah.

Imam Ibnul Qoyyim  berkata, “Syukur itu menurut asalnya adalah adanya pengakuan akan nikmat yang telah Alloh berikan dengan cara tunduk kepada-Nya, merasa hina di hadapan-Nya dan mencintai-Nya. Maka barangsiapa yang tidak merasakan bahwa itu adalah suatu kenikmatan maka dia tidak akan mensyukurinya. Barangsiapa yang mengetahui itu adalah nikmat namun dia tidak mengetahui dari mana nikmat itu berasal, dia juga tidak akan mensyukurinya. Barangsiapa yang mengetahui itu adalah suatu nikmat dan mengetahui pula dari mana nikmat itu berasal, namun dia mengingkarinya sebagaimana orang yang mengingkari Alloh yang memberi nikmat, maka dia telah kafir. Barangsiapa yang mengetahui itu adalah suatu nikmat dan dari mana nikmat itu berasal, mengakuinya dan tidak mengingkarinya, akan tetapi ia tidak tunduk kepada-Nya dan tidak mencintai-Nya atau ridho kepada-Nya, maka ia tidak mensyukurinya. Barangsiapa yang mengetahui itu adalah nikmat dan dari mana nikmat itu berasal, mengakuinya, tunduk kepada yang memberi nikmat, mencintai-Nya dan meredhoi-Nya, dan menggunakan dalam kecintaan dan ketaatan kepada-Nya, maka inilah baru disebut sebagai orang yang bersyukur.”

" Ya Allah jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa mengingatiMu dan sentiasa bersyukur kepadaMu "
Read More → MENGAPA MASIH LAGI KUFUR NIKMAT ?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday 24 May 2011

Bersyukurlah pada yang Maha Esa


BERSYUKURLAH PADA YANG MAHA ESA

Dewasa ini, sering kita dengari banyak berlakunya bencana dan musibah di serata tempat, bencana dan kecelakaan datang silih berganti samada bencana alam ataupun kecelakaan yang merenggut begitu banyak korban jiwa. lihatlah bencana tsunami yang melanda di negara Jepun. Walaupun revolusi manusia mampu mencipta pelbagai teknologi canggih yang kononnya dikatakan berupaya menentang bencana alam tetapi takbir dan takdir Allah S.W.T lebih hebat daripada apa yang mereka rancangkan. Bencana Allah tetap sampai kepada golongan yang ingin diberi peringatan .

Begitu juga dengan bencana kejadian tanah runtuh di hulu Langat yang berlaku baru-baru ini di negara kita yang telah melibatkan seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang tertimbus didalam kejadian. walaupon ada yang terselamat tetapi masih juga ramai yang terkorban. semua itu merupakan ujian dari Allah untuk menguji tahap keimanan kita. bencana itu merupakan peringatan atau siksaan (azab) dari Allah karena kita tak bersyukur atas nikmat yang diberikan-Nya. dan setiap apa yang diturunkan Allah kepada hambanya akan terselit jutaan hikmah yang perlu kita sama-sama renungkannya dan mentaatinya. oleh itu, marilah kita sama-sama sentiasa bersyukur kepada Allah supaya kita menjadi hamba yang mengingati Allah ketika diberi ujian dan pringatan mahupun jika kita tidak diuji dengan bencana yang demikian.

Erti syukur dan bagaiman kita Bersyukur :

THANKS 2 ALLAH
Makna "Syukur" dari segi bahasa "syukur" diartikan sebagai rasa terima kasih, sementara itu ar-Raghib al-Asfahani seorang yang ahli bahasa mengulas dalam bukunya " al-Mufradat fi Gharib al-Qur'an" menyatakan : rasa syukur itu berarti "gambaran tentang nikmat dan menampilkannya kepermukaan. Kata dasar syukur ialah  "membuka" dan sebaliknya dari kata ini adalah "kufur" yang bermaksud menutup. Hakikat rasa syukur itu adalah "menzahirkan nikmat dengan menyebut-nyebut sipemberi dengan lidah" sedangkan kata kufur  "menyembunyikannya". Disini dapat kita fahami bahawa "syukur" itu adalah bagaimana kita dapat menzahirkannya sesuai dengan fungsi dan kegunaannya melalui petunjuk al-Qur'an dan al-Hadis, kerana dengan petunjuknya kita akan mengetahui arahtuju dan jalan kebenaran yang kita diikuti. 

Allah SWT berfirman :

“….. Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (surah Ibrahim : 7)

Allah SWT berfirman lagi : 

"Tidakkah kamu memperhatikan bahwa sesungguhnya kapal itu berlayar di laut dengan nikmat Allah, supaya diperlihatkan-Nya kepadamu sebagian dari tanda-tanda (kekuasaan)-Nya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi semua orang yang sangat sabar dan banyak bersyukur. 
(Surah Lukman : 31)

Rasulullaah Saw bersabda : 

“Alangkah menakjubkan keadaan seorang Mu’min. Setiap persoalan yang dihadapinya selalu menjadi kebaikan. Dan sikap itu tidak bisa dimiliki oleh siapa pun kecuali orang Mu’min. Apabila kegembiraan menghampirinya, dia bersyukur; dan itu menjadi kebaikan baginya. Dan apabila kesusahan menimpanya, dia bersabar, dan itu menjadi kebaikannya baginya.”  [HR. Muslim] 

KEPADA MU KU MEMOHON


Oleh itu, ketika menghadapi berbagai-bagai musibah, seperti banjir, tanah runtuh,  gempa bumi, tsunami dan sebagainya. Kita diperintahkan untuk bersabar dalam menghadapinya seraya mengucapkan, "Innalillahi wainna ilaihi rajiun." (segala sesuatu datangnya dari Allah, dan kita semua akan kembali kepada-Nya). Tentunya, ini disertai dengan tindakan nyata, yakni segera bangkit kembali untuk memulai kehidupan dan tak berputus asa.

Sebaliknya, jika tidak mengalami musibah tersebut, kita diperintahkan untuk bersyukur dengan mengucap, "Alhamdulillahi rabbil alamiin." (segala puji bagi Allah yang telah menciptakan alam semesta). Rasa syukur itu tidak hanya sebatas ucapan, tetapi juga dalam bentuk tindakkan nyata, yakni dengan membantu saudara-suadara kita yang terkena musibah, baik dalam bentuk material mahupun bentuk sunbangan tenaga.



" Sesungguhnya, musibah dapat menimpa sesiapapun, bila-bila pun, dan di mana-mana pun ".


       "Maka nikmat tuhan manakah yang kamu dustakan??" 

"Ya Allah, Ya tuhanku.....jadikanlah kami hamba-MU yang sentiasa mensyukuri nikmat-MU..."



Read More → Bersyukurlah pada yang Maha Esa
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...